11/18/08

Dilema penjual petrol

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI





MUHAMMAD NIZAR bertanyakan sesuatu kepada anak Allahyarham Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, Zaidatul Akmal selepas menyampaikan sumbangan kepadanya di Ipoh semalam.

IPOH - Semua 290 ahli Persatuan Peniaga-Peniaga Petroleum Perak (PPDA) tidak lagi mengamalkan penyimpanan stok bahan api dalam kuantiti yang banyak bagi mengelak menanggung kerugian sekiranya harga petroleum dan diesel diturunkan oleh kerajaan.

Presidennya, Ng Bee Keong berkata, sebelum ini sebahagian besar pengusaha stesen di negeri ini akan menyediakan simpanan minyak untuk tiga hari bagi mengelak terputus bekalan, tetapi pada masa ini mereka hanya menyediakan bekalan untuk dua hari.

"Sejak 23 Ogos hingga 1 No- vember lalu, pengguna semakin bijak di mana mereka akan menunggu pengumuman harga baru sebelum membuat pengisian. Mereka juga hanya mengisi minyak pada kadar minimum bagi mengelak kerugian.

"Keadaan ini tentunya menyebabkan semua pengusaha mengalami kerugian kerana sebahagian besar bekalan minyak yang dibeli dengan harga mahal terpaksa dijual pada harga baru yang lebih murah. Jadi untuk elak kerugian banyak, kami kurangkan simpa- nan stok," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Makan Makan Sambutan Ulang Tahun PPDA ke-60 yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin di sini semalam.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online