Adakah benar maklumat yang disiarkan di laman Azmin Ali ini yang disiarkan pada pagi ini 29 September 2008 jam 1:20 pagi.
Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabagsa dan Ahli Parlimen Gombak. Saya sudah bosan.
Anda boleh merujuk di http://blog.azminali.com/
Posting ini telah diubah pada pukul 2.05 seperti berikut:-
Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat berkuat kuasa hari ini, Isnin 29hb Sep 2008. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak. PC akan menyusul.
Perkataan saya sudah bosan diganti dengan perkataan PC akan menyusul.
Posting ini telah didelete pada pukul 2.29 pagi. Kenapa?
Pihak kami juga sedang mengesan seorang forumer yang mengunakan nama airsejuk yang mendaftar sebagai ahli TKO pada pukul 1.40 pagi semata-mata untuk membuat posting perkara ini. Dia membuat posting di TKO pada pukul 1.52 pagi (sila rujuk di sini)
Mengikut telahan pihak kami, airsejuk adalah individu yang mengetahui sebalik kejadian ini dan sengaja membuat posting untuk memaklumkan kepada semua orang tentang perkara ini. Kami masih membuat siasatan terperinci.
Walaupun dipadam pihak kami sempat capture skrin untuk paparan tersebut. Sila lihat di bawah:-
Klik pada gambar untuk paparan jelas.
Selain pihak kami paparn ini juga dicapture oleh forumer di laman ini. Sila lihat di sini ---> Klik
Jam 3.31 pagi - dah masuk main silap mata!!! Posting baru penafian pula
Saya ingin memaklumkan disini bahawa berita tentang perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR yang telah digembar-gemburkan adalah palsu dan merupakan satu cubaan untuk mengsabotaj diri saya dan Parti Keadilan Rakyat. Saya masih lagi sebagai Naib Presiden PKR dan ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Harap Maklum.
Azmin Ali.
-apa citer nie YB azmin sila buat keterangan secepat mungkin tentang masalah nie.
jgn bagi rakyat tertanya-tanya..aku jadi pening?
9/29/08
Perletakan Jawatan Azmin Bin Ali?
cilok & ciplak by topengsakti at 7:12 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment