10/19/08

Berjahat dengan betina tidak gerhanakan Chua

2 Januari lalu, dalam posting bertajuk "Chua Soi Lek lebih mulia dari Abdul Rashid SPR" saya tulis:
Malaysiakini melaporkan, (bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr) Chua (Soi Lek) meletakkan semua jawatan di dalam kerajaan dan parti. Memang sah, dari segi accountability, beliau jauh lebih mulia dari Abdul Rashid. Jauh teramat jauh!Semalam, Chua menulis:
Tonight is a memorable night for me as I've won as MCA Deputy President. I sincerely thank all my supporters for their enormous support.Saya bukanlah menyokong buruk kelaku Chua yang berjahat dengan betina lain. Yang saya kagum ialah keberanian Chua mengaku dialah orangnya dalam video pasangan yang melakukan aksi-aksi akrobat itu.Setakat yang terbaik yang saya ingat, kalau ada kejahatan yang disoroknya dibongkar atau sekurang-kurangnya ditegur oleh orang ramai, belum ada pemimpin Umno, PAS, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, tak kiralah parti apa pun, parti cap penguin cacat ka, cap tenggiling ka yang mengaku "sayalah orangnya" seperti yang dilakukan oleh Chua.Saya adalah dengar cerita seorang Adun dari Kelantan yang mengaku buat salah selepas Tok Guru Mursyidul Am beri tazkirah kepada calon-calon PAS, yang menang dan tak menang, selepas satu pilihan raya. Orang tak tau pun dia buat salah. Kalau dia tak cerita pun orang tak tau. Tetapi dia sendiri yang mengaku selepas tazkirah Tok Guru itu. Adun itu bukan pemimpin tertinggi PAS. Dari kalangan pemimpin tertinggi PAS pula, saya dah jenuh cuba nak ingat kalau-kalau ada yang meyatakan "memang saya buat salah tu" atau "sayalah orangnya" kalau buruk kelakunya diketahui orang dan menjadi bahan perbualan umum. Dari Umno lagilah saya tak ingat.Pemimpin dan ulama PAS yang buat salah lepas tu masuk Umno dan jadi pensyarah hebat parti itu memang ada. Tak payah ceritalah siapa.Tujuan saya tulis ni ialah supaya para pemimpin politik di negara ini mempunyai accountability atau sikap beranji bertanggungjawab seperti yang ditunjukkan oleh Chua. Mat Salon kata, it is too high a price for a leader to make mistake. Bila pemimpin buat salah, yang tanggung bukan dia seorang sahaja. Rakyat yang tidak bersalah pun turut disambar petir dosanya.Sebab itulah orang macam saya akan tulis kalau berlaku kejahatan pemimpin, tak kiralah Datuk Seri Najib Tun Razak ka, Datuk Seri Anwa Ibrahim ka hatta para pemimpin PAS sekalipun. Saya tidaklah balun dan bantai. Cuit-cuit sikit ja... (Imej di atas ihsan Ahirudin Attan)

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online