10/28/08

HarakahDaily

Khir didakwa mahu pecah belah hubungan kerajaan Negeri, Sultan

SHAH ALAM, 28 OKt (Hrkh) - Tohmahan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo bahawa pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat tidak mempunyai hubungan baik dengan Tuanku Sultan Selangor dibidas oleh exco Kerajaan Negeri dan Adun Pakatan Rakyat.
Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) menyelar dakwaan Khir yang berniat jahat mahu menimbulkan kegelisahan rakyat�bahawa kenyataan itu cuba menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya Pakatan Rakyat dengan Tuanku Sultan. [link]


Kebebasan media di Malaysia lebih buruk daripada Afrika

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Hrkh) - Kedudukan tahap kebebasan media Malaysia yang semakin merudum membuktikan bahawa ia disebabkan oleh kerajaan Umno-BN sendiri.
Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata keadaan tersebut berpunca daripada kerajaan sendiri yang membina imej buruk tersebut di mata dunia.
"Selama ini, mereka hanya pandai menuduh pembangkang yang menghasut negara luar dengan memberikan gambaran buruk tentang negara ini. [link]

Selangor peruntuk RM1,340j bagi Belanjawan 2008

SHAH ALAM, 28 Okt (Hrkh) - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1,340 juta bagi Belanjawan 2008 dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM670 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM670 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.Ketika menjawab soalan lisan Khasim Abdul Aziz (PAS-Lembah Jaya), Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid menjelaskan RM178,271,628 telah diluluskan untuk peruntukan tambahan Belanjawan 2008 menjadikan jumlah�keseluruhan RM1,580,271.62. [link]

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online