Wan Nordin Wan Yaacob Fri Oct 17, 08 11:22:55 am MYT
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Harapan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menggunakan sentimen 'kempen untuk anak tempatan' mungkin tidak kesampaian berikutan beberapa bahagian yang menjadi 'kubu' kuat beliau menyokong calon lain bagi jawatan Ketua Pemuda Umno.
Antara kubu kuat Khir ialah Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor yang mencalonkan anak bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato' Mukhriz Mahathir dalam satu pemilihan sengit pemuda bahagian tersebut baru-baru ini.
Sementara calon Ketua Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin dikatakan menghadapi tekanan kerana belum melepasi kuota pencalonan untuk membenarkan dirinya bertanding walaupun setelah 72 bahagian Pemuda Umno seluruh negara selesai mesyuarat.
Tekanan semakin bertambah terhadap dirinya apabila nama beliau di'boo' beberapa kali dalam satu mesyuarat pemilihan pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa yang diadakan di PWTC baru-baru ini.
Insiden ini berlaku apabila salah seorang perwakilan yang juga seorang wartawan, Dahalan Makmur cuba mencalonkan nama Ahli Parlimen Rembau ini sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat dari bahagian terbabit. - mks._
10/17/08
Khairy di'boo', kubu kuat Khir Toyo 'robek'
cilok & ciplak by topengsakti at 6:08 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment