10/4/08

Sah! Zahid Hamidi Mahu Tanding Timbalan Presiden Umno

Oleh muhammadhanif

"Semalam Zahid Hamidi telah menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden UMNO dalam pemilihan UMNO nanti.

Kata Zahid, beliau akan memenuhi kehendak ahli jika dicalonkan untuk jawatan tersebut dan akan membuat pendirian rasmi apabila memperoleh pencalonan kelak.

Zahid menjelaskan, beliau memutuskan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden susulan perubahan senario politik dalam Umno sekarang dan atas permintaan ahli-ahli akar umbi parti yang mahu beliau ‘berganding’ dengan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memimpin Umno.

“Ekoran mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini (26 September lalu) di mana (Presiden Umno), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan akan dipercepatkan, senario dalam Umno sudah mula berubah.

“Oleh itu, rakan-rakan (saya) merasakan bahawa saya perlu mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden… justeru, saya perlu memenuhi kehendaki akar umbi agar bertanding jawatan nombor dua,” kata beliau.

Desas-desus kedengaran sejak Khamis lalu, yang Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datoh sejak 1995, bakal menjadi gandingan Najib apabila beliau mengambil alih jawatan Presiden Umno yang kemungkinan dikosongkan Abdullah dalam waktu terdekat.

Abdullah akan mengumumkan sebelum 9 Oktober ini sama ada bertanding jawatan Presiden ataupun sebaliknya.

Langkah awal Zahid Hamidi ini mungkin langkah untuk berlawan dengan Najib sekiranya Pak Lah berhasrat untuk bertanding jawatan presiden. Mungkin ini stategik Pak Lah dan Zahid Hamidi bagi menjatuhkan Najib.

Peralihan kuasa hanyalah satu tektik sahaja bagi mengaburi mata umum.

Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

http://muhammadhanif.wordpress.com

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online