10/26/08

Terima kasih TV3 membantu PAS!

21 Oktober lalu ini Berita Harian menyepin tajuk berita yang menyebabkan PAS Kelantan angin satu badan (menyepin ialah perkataan rekaan saya dari perkataan Inggeris spin - kaki spin atau kaki putar alam pula dipanggil spin doctor). Baca cerita dari Sheih dalam postingnya yang bertajuk "Isu Berita Harian – mengapa jadi begini?"

22 Oktober pula, TV3 menyiarkan berita yang disifatkan berniat jahat untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Kedah oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid. Sila baca juga ulasan Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Osman dalam postingnya yang bertajuk "Hentikan fitnah dan kembali kepada kebenaran".

Saya sebenarnya berterima kasih kepada Berita Harian dan TV3 yang bertindak menjadi pengawas kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat. Bila ada pengawas seperti itu, saya harap kerajaan-kerajaan tersebut tak berani nak buat tak ketahwan. Kadang-kadang, iman sahaja tak cukup kuat untuk menghalang kita buat tak ketahwan. Perlu ada tukang jerkah, tukang merepet (di kampung saya, merepet atau merepek adalah perkataan gantian kepada berleter).

Saya menyokong fitnah? Kalau orang-orang Umno atau Barisan Nasional (BN) atau media-media mereka buat fitnah, itu lagi bagus. Lagi mudah nak kira bicara.

Yang penting, saya tak mahu PAS menjadi seperti apa yang digambarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Umno dalam postingnya yang bertajuk "Politik wang dalam Umno":

Mereka jelek dan muak dengan Umno, orang Umno dan pemimpin Umno. Perasaan benci kepada Umno sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.
http://penarikbeca.blogspot.com/2008/10/terima-kasih-tv3-membantu-pas.html

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online