10/26/08

Terkejutnya aku !!!

Bayangkan anda bersendiri di rumah. Rasa nak terkencing dan untuk ke tandas, lampu dapur di pasang. Sejurs lampu di pasang, kelihatan kelibat hantu yang sedang mencangkung di atas singki dapur merenung tepat ke arah anda.

Kaki terketar ... mulut tidak mampu menjerit dan di susuli dengan aliran air kencing yang mengalir deras dan panas melalui celah seluar tidur.

Sekiranya anda dapat bayang kan diri anda berada di dalam situasi tersebut, anda faham maksud 'TERKEJUT".

Petang ni ku cari cari berita KEJUTAN yang sejak semalam di janjikan oleh menteri rambut putih dan ini berita yang kita dapat.

Penurunan harga minyak tak melebihi 15 sen - Shahrir Samad

Baca tajuk tu korang ada rasa macam terserempak hantu sampai nak terkencing?Kalau tidak, bermakna anda tidak lagi mencapai tahap terkejut yang sepatutnya.

Labels:

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online