11/13/08

NAZRI AZIZ MENGAKU SALAH?


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menarik balik kenyataannya dengan mengesahkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain sebenarnya dipecat.

Beliau sebelum ini memberitahu di Dewan Rakyat bahawa pembayaran ex-gratia kepada Salleh dan lima hakim kanan yang lain berjumlah RM10.5 juta dibuat memandangkan mereka diberhentikan, bukannya dipecat.

"Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen. Saya tidak ada fakta mencukupi ketika menjawabnya, saya kata 'mereka mungkin dipecat'.

"Itu tidak benar. Saya mahu katakan memang mereka dipecat tetapi mereka masih terima pencen," katanya di lobi Parlimen.

topengsakti :jangan di lindung kebenaran ianya akan terbongkar.Akhirnya maaf juga di pinta kah..kah..kah Bak kata pepatah "Kerana pulut santan terasa, kerana mulut, badan binasa.."

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online