berita sebelumnya - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada pihak polis supaya jangan menahan Ayah Pin yang dikesan pulang ke negara ini, dari Selatan Thai, baru-baru ini.
Sehubungan itu, JHEAT berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai laporan yang mengatakan jabatan tersebut tidak membenarkan polis menahan Ayah Pin - rujuk malaysiakini
berita seterusnya pulak - Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Muhamad, 65, yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat, kini dilaporkan berada di Terengganu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya - rujuk malaysiakini
Apa dah jadi ni? makin membengongkan rakyat malaysia... JHAET cakap macam ni... kami tak tau...
Polis pulak cakap... Depa tak bagi tangkap...
Rasanya dah sampai masa untuk Malaysia buat perubahan... baca artikel ni - Gabung sivil, syariah.
11/13/08
Polis Gaduh Dengan Majlis Agama - malaysiakini
cilok & ciplak by topengsakti at 3:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment