SEHARIAN ini sibuk kerana menyiapkan sebuah buku baru. InsyaAllah minggu depan siap. Jadi tidak dapatlah saya membuat analisa atau ulasan selamba berhubung pembebasan orang yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya Shariibuu, iaini Abdul Razak Baginda.
Seperti mana telah diketahui dan dijangka sejak awal-awal lagi Razak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi semalam dari tuduhan bersubahat membunuh. Hakim Mohd Zaki Md Yassin mengatakan tidak ada prime facie untuk menuduh Razak bersubahat dan dipanggil membela diri. Bagaimana dua tertuduh induk Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umur diminta membela diri. Mereka akan mula memberi keterangan pada 10 November ini.
Keputusan hakim adalah muktamad dan tidak ada sesiapa yang boleh mengungkitkannya. Silap hari bulan kalau diungkit ia akan dikenakan tindakan menghina mahkamah dan boleh di penjara. Termasuk juga Dr Mahathir Mohmad orang yang sukar mengulas apa saja isu, mungkin tidak berani untuk berbuat demikain!
Beberapa penjenguk menelefon dan mengirim SMS sejak dari selepas Subuh tadi bertanya kenapa tidak ada ulasan dalam blog. Mereka mahu pandangan saya berhubung kes itu. Seperti juga bapa Altantuya, Setev Shaariibuu juga tidak berpuas hati kerana Razak dibebaskan.Apa nak 'dikato',
mahkamah telah memutuskan begitu maka kena semua terima. Hakim tentu ada budicara, pertimbangan mengikut ilmu, pratikal dan segala-galanya untuk membuat penghakiman demikian.
Seorang pemanggil terang-terang mempertikaikan berhubung pembebasan Razak Baginda itu. Antara persoalannya yang membebani kepala pemanggil itu ialah;
1. Siapa yang membunuh Altantuya antara ketiga mereka itu? Razak mungkin tidak bunuh sebab tidak ada bukti atau pun pendakwaan gagal mengemukakan bukti melampau untuk menuduhnya. Jadi siapa?
2. Kalaulah Sirul Azhar Umur dan Azilah Hadri, untuk apa mereka membunuh Altantuya. Apakah salah Altantuya kepada mereka? Sedangkan mereka baru mengenali Altantuya berbanding dengan Razak. Masalah yang berlaku di sekitar Altantuya juga berkaitan langsung dengan Razak.
3. Dalam hal ini kemungkinan Sirul dan Azilah hanya menjalankan arahan yang diberikan kepadanya. Kalau tertakdir beliau melakukan pembunuhan itu mereka memerlukan jaminan keselamatan dan upah? Adalah bodoh kalau mereka melakukan perbuatan itu begitu saja tanpa mengharapkan apa-apa? Kalau jaminan daripada siapa? Tentulah orang yang berkuasa. Begitu juga kalau kewangan (upah) daripada siapa, tentulah daripada orang yang mempunyai wang.
4. Kalau mereka diupah, siapa yang mengupahnya? Mungkin Razak tidak berbuat begitu. Seperti mana afiditnya, untuk menghalau Altantuya keluar Malaysia pun beliau tidak benarkan, masakan tergamak untuk beliau mengubah atau menyuruh sesiapa membunuhnya? Razak tidak melakukan itu!
5. Apakah akuan berkanun yang dikeluarkan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menuduh Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri berada ditempat kejadian (letupan mayat Altantuya) boleh diterima pakai dan satu kebenaran? Raja Petra Kamaruddin boleh dipanggil untuk menjawab dan menjelaskan maklumat yang beliau perolehi. Hanya Raja Petra yang mampu menghuraikan permasalahan ini. Apakah Raja Petra ditahakan di bawah ISA kerana ada kaitan dengan kes ini?
Banyak lagi yang dipersoalkan yang dilontarkan oleh penjenguk berkenaan yang kritis dan bijakbistari. Beliau serahkan kepada saya untuk menjawab satu persatu bagi meleraikan kekusutan di sebalik kejadian itu. Dan di sini saya serahkan kepada anda sekali untuk menghurai atau membuat analisa di sebalik pembebasan Razak Baginda. Mana-mana pandangan, huraian dan analisa yang munasabah dan tidak melampau akan disiarkan sebagai tambahan bagi menjawab persoalan ini.
Kepada wartawan kalau boleh tanyalah persoalan ini kepada bekas Perdana Menteri yang juga orang yang menentang jenayah perang nombor satu negara ini iaitu, Mahathir Mohamad. Ingin sekali kita mendengar komentaranya mengenai hal ini. Ataupun beliau akan membisu kerana kes ini membabitkan orang yang disayanginya.
0 Comments:
Post a Comment