10/23/08

Artikel menarik dari Tukartiub

Artikel menarik dari Tukartiub
TASIK UTARA- PLENTONG 1974 - 2008[...] Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan tidak lama nanti wajib mendirikan syarikat pemaju perumahan. Cara pengurusan dan pembangunan rumah-rumah DBKL yang hidup segan mati tak mahu ini wajib dihentikan. Ini amat senang untuk dilakukan kerana tanah adalah milik kerajaan. Kerajaan ialah orang ramai. Ertinya tanah adalah milik kita semua. Maka di atas tanah kita dirikan rumah untuk kita semua.Pasti ada yang akan berhujah bahawa kerajaan TIDAK ADA MODAL. Sesiapa yang berani berkata demikian wajib kena penampar. Biasanya mamat-mamat yang berhujah demikian adalah mereka yang memiliki kepentingan untuk membuat duit menjual rumah. Atau mereka adalah barua pemaju dan pemodal syarikat perumahan. Mereka ini adalah tukang cari kontrek.Untuk mereka ini hanya satu jawapan : Kenapa beli kapal selam bukankah baik membuat rumah untuk rakyat? Kenapa naik ke angkasa bukankah lebih baik buat rumah di bumi. Kenapa beli kapal terbang Sukhoi bukan kah lebih baik buat rumah untuk rakyat. Kenapa beli Eruocopter bukan kah lebih baik buat rumah untuk orang ramai. Berbilion-bilion duit ini adalah duit rakyat.... selanjutnya.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online