10/21/08

Siapa Orang Abdullah Yang Mahathir Suruh Buang?

BAKAL Perdana Menteri yang akan bersara Abdullah Ahmad Badawi marah benar dengan bekas Perdana Menteri yang masih aktif berpolitik Mahathir Mohamad. Abdullah seperti sedih, kecil hati dan geram dengan Mahathir apabila bekas ahli Umno itu mencampuri urusan pemilihan Umno dengan bertindak menjadi Pengarah Pemilihan Umno.Tindak tanduk Mahathir itu disifatkan Abdullah sebagai menimbulkan perkelahian dalam Umno dan berkata Mahathir tidak berhak untuk mencampuri urusan Umno kerana beliau orang luar, bukan ahli Umno lagi.Kata Abdullah, Mahathir pandai-pandai menentukan sesiapa yang patut dipilih dan dibuang. Apa yang menyebabkan Abdullah seakan berang apabila Mahathir meminta agar membuang orang-orangnya.Sebelum ini Mahathir pernah menyebut berberapa nama yang layak menjadi Perdana Menteri sebagai mengganti Abdullah. Apabila Mohd Najib Razak bersikap mendiamkan diri Mahathir menempelak Najib dengan menamakan atau menyebut nama Muhyiddin Yassin, Rais Yatim sebagai mereka yang layak menggantikan Abdullah.Mahathir tidak sesekali menyebut nama Tengku Razaleigh Hamzah sebagai orang sesuai atau layak walaupun hakikinya Tengku Razaleigh lebih layak berbanding Muhyiddin dan sudah lama menyatakan hajat untuk merebut jawatan presiden.Siapakah orang-orang Abdullah yang disebut Mahathir itu? Jika dirujuk kepada nama-nama itu mereka dalam jemaah menteri, dari 19 jemaah menteri Melayu, 12 orang menteri yang dilihat orang Abdullah dengan mengambil kira mereka ini menjadi menteri selepas Abdullah menjadi Perdana Menteri.Sementara lapan orang menteri pula dilihat sebagai berpihak kepada Mohd Najib Razak memandangkan mereka pernah berkhidmat dengan Najib ataupun seangkatan dengan bakal Perdana Menteri yang diraikan itu. Mereka ini juga dianggap sebagai talam dua muka atau biantang dua alam kerana boleh hidup di kedua kem, Najib atau Abdullah.Meteri yang dikatakan orang Abdullah dan diruruh pecat oleh Mahathir ialah;1. Amirsham A Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri),2. Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri),3. Nor Mohamed Yaacob (Menteri Kewangan II),4. Shaziman A Mansor (Menteri Tenaga, Sumber dan Komunakasi),5. Ahmad Shabery Chik (Menteri Penerangan),6. Dr Rais Yatim (Menteri Luar),7.Ismail Sbari Yaacob (Menteri Belia dan Sukan),8. Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi),9. Azlina Othman Said (Menteri Pelancungan),10. Zulhasnah Rafique (Menteri Wilayah Persekutuan),11. Khalid Nordin (Menteri Pengajian Tinggi).12. Muhammad Mohd Taib (Menteri Pembangunan Dan Kemajuan Luar Bandar).Mereka ini dikatakan tidak selamat sekiranya Najib menjadi Perdana Menteri ataupun akan ditukar ke kementerian yang tidak glamour.Bagaimana pun nama-nama seperti Syed Hamid Albar, Khalid Nordin dan Ahmad Shabery Chik mungkin akan dikekalkan Najib memandagnkan pengalaman dan bakat mereka.Manakala lapan menteri yang dikira selamat dan bersikap macam haiwan dualam pula ialah;1. Mohamad Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri),2. Ahmad Zahid Hamidi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri),3. Zain Mohamad (Menteri Jabatan Kerjaraya),4. Muhyiddin Yassin (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, selaku Ketua),5. Mustapa Mohamed (Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani),6. Shahrir Abdul Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehawal Pengguna),7. Hishamuddin Hussein (Menteri Pelajaran),8. Shafei Afdal (Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - selaku Tim Ketua).Nama-nama seperti Awang Adek Hussein, Rafidah Aziz, Tengku Adnan Mansor dan Mkhriz Mahathir mungkin akan dipertimbangkan balik oleh Najib untuk dibawa ke dalam Kabinet atas Nasihat Mahathir.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online