10/21/08

PAS boleh guna, Umno pun boleh guna



Oleh Webmaster PPBuntar PARIT BUNTAR, 19 Okt. : Buat pertama kali dalam sejarah, PAS menggunakan Dewan JKKK Tanjung Piandang untuk mengadakan Ceramah Perdana pada 11 Oktober yang lepas.Ceramah ini menampilkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Ust. Nik Amar Nik Abdullah menggantikan Dato' Husam Musa yang tidak dapat hadir.Semasa Perak di bawah pemerintahan BN, PAS tidak merasa langsung untuk menggunakan dewan yang boleh memuatkan lebih 1000 orang ini. Hanya BN sahaja boleh menggunakan dewan ini untuk program parti mereka.
Sekarang, Pakatan Rakyat yang memerintah Perak tidak menggunakan kuasa menghalang parti-parti dalam BN menggunakan dewan-dewan hak milik Kerajaan Negeri. Buktinya Umno Bahagian Parit Buntar selesa menggunakan Dewan Dato' Seri Ramli Ngah Talib untuk mengadakan Persidangan Puteri, Pemuda, Wanita dan Bahagian Umno.
Bendera-bendera Umno megah berkibar di sekeliling dewan ini semasa persidangan Umno ini berlangsung. Ruang demokrasi sememangnya terbuka luas di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.
Walau bagaimanapun, kedengaran tidak puas hati dikalangan penyokong Pakatan Rakyat terhadap tindakan Umno menukar papan tanda beberapa dewan milik kerajaan negeri menjadi 'dewan Umno' sebaik sahaja BN kalah di Perak.
Mereka mendesak Pejabat Daerah Kerian mengambil tindakan memperbetulkan keadaan ini, kerana dewan-dewan ini adalah kegunaan orang ramai bukan kegunaan Umno sahaja.
Ceramah perdana pada malam itu telah menarik kehadiran pelbagai kaum yang ingin mendengar perkembangan isu politik semasa.
Majlis ini juga diserikan dengan ucapan wakil masyarakat India dan Tionghua. Yang Dipertua PAS Kawasan Tuan Haji Harun Hashim dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari turut menyampaikan ucapan aluan. Turut hadir pada malam itu ialah ADUN Titi Serong dan Ketua-Ketua Kampung berdekatan.
Ust. Nik Amar digandingkan bersama Sdr. Nazri Din Ketua Pemuda PAS Larut yang menggantikan Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang masih berada di hospital.
Ramai veteran PAS yang meminati ceramah Allahyarham Pak Nik Lah bapa kepada Ust. Nik Amar tidak melepaskan peluang untuk hadir mendengar ceramah anak Allahyarham Pak Nik Lah itu.
Ust. Nik Amar tidak menghampakan pendengar pada malam itu dengan kupasan perkembangan politik terkini di Kelantan dan Malaysia. Bagaimanapun orang ramai banyak yang berada di luar dewan kerana masalah PA System yang bergaung di dalam dewan.
Mereka berkumpul di hadapan skrin yang disediakan Lujnah IT PAS Parit Buntar. Ceramah perdana ini adalah anjuran bersama empat Cawangan di Tanjung Piandang iaitu Cawangan Pekan Tanjung Piandang, Sungai Betul, Kg. Baru Nelayan dan Jalan Pantai.
Unit Amal Parit Buntar juga memberi bantuan mengawal keselamatan lalulintas.
Untuk berita terkini dari Parit Buntar lawati PAS Parit Buntar
Daripada : WebMaster PAS Parit Buntar

9 Comments:

Anonymous said...

when will you go online?

Anonymous said...

sure, why not!

Anonymous said...

its good to know about it? where did you get that information?

Anonymous said...

well its nice to know that you have great hits here.

Anonymous said...

thats amazing story.

Anonymous said...

help me.

Anonymous said...

very clever.

Anonymous said...

wow, very special, i like it.

Anonymous said...

im your favorite reader here!

blogger templates | Make Money Online